..wELcOMe..

assalamualaikum wbt..
salam sejahtera..

selamat datang !
have a happy blogwalking here..:)
keep in touch..stay tuned..^^,

*so sorry if i wrote in sms-ing ways..:)



Wednesday, December 28, 2011

jihad !

assalamualaikum wbt
pagi :)

topik sedikit hangat..
maaf kalau tersalah kata/tersilap info/terpesong maksud..
mohon dibetulkan mana yang salah..

maaf juga kalau tercakap kurang baik pada sesiapa..

mohon dibaca sehingga akhir..

jihad !
'Adakah tamadun lain menganggap jihad dalam Tamadun Islam sebagai sesuatu yang positif? '

itulah persoalan yang dituju straight ke batang hidung ni after kami habis bentang poster titas kami..
titas = tamadun Islam dan tamadun asia

tanpa berfikir panjang..
aku menjawab

sebagai seorang muslim..sudah tentu kita tahu apa makna jihad kan?
tetapi adakah non-muslim tahu makna jihad ni?
*beberapa rakan sekelas non-muslim menggeleng

mm..
terhenti seketika..
hilang idea..

mm..
jihad adalah sesuatu perkara yang kita lakukan bermati-matian kerana Allah swt
ini jawapanku

namun..sebenar-benar maksud jihad ialah melakukan sesuatu perkara/pengorbanan di atas jalan Allah swt..

sedikit lari dari makna yang saya katakan..
mungkin saya berbicara tanpa memikir..

maaf..pentafsiran saya salah..saya mengaku itu..

untuk menjawab persoalan yang dilontarkan..
saya menyambung lagi..

sebagai umat Islam..seharusnya kita perlu menunjukkan jihad yang sebetul-betulnya..barulah tamadun lain dapat melihat nilai positif jihad dalam Tamadun Islam itu..

itu jawapan saya

jadi..saya ingin menekankan bahawa jihad adalah sesuatu yang amat baik..
jihad bukanla sesuatu yang radikal..bukan sesuatu yang perlu ditakutkan..bukan sesuatu yang akan meragut nyawa kalian..bukan sesuatu yang memisahkan..

jihad adalah murni..jihad adalah pengorbanan..
pengorbanan yang kita lakukan di jalan Allah untuk mendapat keredaan-Nya..insyaAllah

kalian jangan sempitkan pemikiran dengan mengatakan kita harus berjihad melalui peperangan sahaja..
TIDAK..sama sekali tidak..
peperangan salah satu jihad tetapi kita sebagai remaja yang baru berumur belasan tahun tidak perlu..
itu telah menjadi jihad para tentera kita..

jadi..kita sebagai pelajar boleh berjihad dengan cara belajar..
tidak faham?
okay..begini..

saya ambil contoh paling ringkas..
kalau kalian belajar jauh dari rumah..bukan kah itu dikira jihad? jihad meninggalkan keluarga untuk menuntut ilmu Allah swt..

sik faham ag ka?

contoh lagi..

mm..
kalau kalian sangat sangat sangat lapar dan ada seketul ayam goreng je..tetapi pada masa yang sama..adik kalian yang kalian amat amat amat sayangi juga lapar..saya pasti kalian akan memberikan ayam itu kepadanya kan? itu juga dikira jihad..:) jihad nafsu namanya..nafsu makan..

mm..
teringat pada satu pesanan kak long saya semasa saya memohon dia menyuntik semangat saya sewaktu saya sangat sangat sangat malas..
'anggapla belajar ni macam jihad' <--- kata-katanya

nampak !
dengan belajar pun kita boleh kumpul pahala..insyaAllah

teman-teman..jangan disebabkan kalian mendengar perkataan jihad..terus kalian lari bertempiaran..jangan..kalian seharusnya mampu mentafsirkan makna jihad itu sendiri kerana kalian seorang MUSLIM..insyaAllah :)

p/s : Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. [9:20]

No comments: