..wELcOMe..

assalamualaikum wbt..
salam sejahtera..

selamat datang !
have a happy blogwalking here..:)
keep in touch..stay tuned..^^,

*so sorry if i wrote in sms-ing ways..:)



Tuesday, July 24, 2012

kahwin muda (:

assalamualaikum wbt
salam sejahtera

kalau cakap pasal kahwin je..memang laju la semua anak-anak muda kita ni..
ye la..siapa tak nak kahwin kan?

beberapa hari ni..aku dok asyik baca perihal kahwin muda
kadang-kadang terbit gak kat hati ni nak kahwin
tapi calon pulak tak ada ):
kalau ada yang sudi..apa salahnya..try la tanya wali saya ya ! *blushing

kat bawah ni aku bagi la senarai blog owner yang da kahwin
mereka ni kahwin masa umur belasan lagi..
mereka-mereka ni sebaya dengan aku..
bezanya mereka DA KAHWIN..aku belum lagi :l

Diari Rindu Muhsin & Mira
fiqralurvefamily_1992
Acha Mahfar

baca la ya blog mereka ni..
insyaAllah akan dapat input yang berguna (:

*abis da promote blog orang

sekarang tetiba aku terfikir
'aku nak perkahwinan arranged marriage..boleh ke kahwin awal ea?'

aku ni bukannya tak mahu cari sendiri
tapi aku tak yakin dengan pilihan aku
biasanya apa benda yang aku suka..lastly it will end up worst
jadi, aku fikir better parent aku carikan

anda anda dan anda rasa cam mana?

apa-apa pun balik pada firman Allah swt
surah an-Nur ayat 26

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."

24 : 26

tengok ! Allah da janji kan kat kita..
insyaAllah
perbaiki diri, mantapkan iman
moga akan dapat zauj/zaujah yang soleh/solehah

*tapi jangan tetapkan niat untuk jadi baik sebab nak dapat suami/isteri baik..betulkan niat nak berubah menjadi lebih baik kerana Allah..LILLAHI TAALA

p/s: masih dalam usaha baiki diri..masih dalam usaha untuk mencintai Pencipta lebih dari segalanya

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

*cam terlewat post pulak entry kali ni

apa-apa pun..rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan

Salam Ramadhan

semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna buat diri kalian
semoga iman dan amal akan sentiasa meningkat..insyaAllah

tiada kata seindah alhamdulillah
alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan kali ini
alhamdulillah jua kerana insyaAllah Ramadhan kali ini aku akan sambut for a whole month with my parent (:
alhamdulillah jua di atas nikmat yang tak terhitung banyaknya

p/s: beribadat la bagaikan kamu akan mati esok hari..bekerja la bagai kamu akan hidup seribu tahun lagi

Friday, July 6, 2012

halal vs haram

assalamualaikum (:

sebelum aku pergi tidur jap lagi..aku tetiba terasa nak mencoretkan sesuatu atas hamparan blog aku ni

nak coret pasai pa ni cik spirit oi?

pasal halal + haram..boleh sik?
*abis semua bahasa bercampur

halal vs haram

cam mana boleh terbit tajuk ni pulak? tetiba je

cerita nya cam gini..
tadi..sedang aku sodap sodap berFB dengan adik aku thru mak aku punya fb..
tetiba adik aku minta aku listkan makanan halal..

aku pun agak terblur di situ..

aku pun bagi la apa yang aku tau..

aku cakap kat dia..
kalau kat overseas tu memang agak susah la nak cari makanan halal..tapi kat Malaysia ni sonang je..
kalau ikut aku punya pendapat
aku categorized makanan halal tu macam ni:
-daging(kecuali cik bi + cik jing) mesti disembelih dengan dimulai nama Allah
-sayur tak ditanam menggunakan baja yang was-was
-cari makanan yang menggunakan lemak sayuran berbanding lemak haiwan

pastu..kalau nak makan kat restoran..kena pulak tengok pemilik + chef nya
sepatutnya..kita sbg muslim..kena la cari restoran yang pemiliknya muslim dan menunaikan kewajipannya sbg muslim..tapi aku tau sekarang susah nak dapat..aku pun selalu main aci redah je..mudah mudahan aku akan lebih peka nanti..
kalau misalnya kita ni tercampak ke overseas..confirm 100% kita tak tau mana restoran halal kan?
jd..aku rasa better kita pergi masjid..bertemu dengan umat Islam kat masjid tu..mana la tau kot-kot dapat jumpa dengan pemilik restoran makanan halal ke? untung la kita kan..
tapi mesti betulkan niat datang masjid untuk beribadah ya..(:

so far..ni je la..
aku bukan duk overseas pn..
ni based on apa yang aku dengar la..
kalau salah..mohon dibetulkan..

p/s: umat Islam tu mmg ramai..mana-mana pasti ada umat Nabi Muhammad SAW ni..so..proud to be muslim..bukan susah pun hidup kita ni kalau hidup berasaskan Islam (:


Tuesday, July 3, 2012

ramadan kian menjelma

assalamualaikum

insyaAllah
kurang 20 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah

iaitu bulan Ramadan



jadi..sebelum ramadan muncul..
mari la kita sama-sama siapkan diri untuk bulan ni

alhamdulillah
aku dapat menyambut bulan ramadan ini sepenuhnya di rumah aku kalau tak ada aral..

jom buat checklist !

credit to ustaz google
warm up jom ! :)

insyaAllah
sama-sama la kita penuhkan bulan ramadan ni dengan amal ibadat kepada Allah
sama-sama kita berusaha untuk mencapai keredaan-Nya

p/s: aku hanya manusia biasa..kadang-kadang alpa dengan keindahan dunia..aku perlukan teguran + nasihat dari sahabat semua

Islam is the best way of life ! :)

adik belajar overseas

salam alaik..

da lama rasanya aku tak tulis kat blog aku ni

kenapa ya?
byk sbb nya
mungkin aku sibuk kot..sibuk dengan study
mungkin gak sebab tak ada idea bernas lagi bijaksana untuk aku lakar atas blog aku ni

tapi hari ni..
insyaAllah
ada something aku nak coretkan atas blog bersawang ni

first of all
aku kena la bersih dulu blog aku ni
da berdebu sangat keadaan nya..

*ambil penyapu..
sapu-sapu sikit

okay ! da bersih ! :)

actually aku just nak beritahu bahawa
..alhamdulillah..adik aku yang sorang tu da sambung belajar kat overseas
aku tumpang gembira tuk dia

semua tertanya tanya kan? belajar kat mana la agak-agak adik miss spirit ni?

jawapan: Russia

apa yang aku harap sgt supaya adik aku ni dapat grad dengan cemerlang, gemilang dan terbilang
aku juga harap dia tak lupa kat aku dan mak bapak kami
paling penting aku harap dia tak lupa kat Allah
aku harap dia dapat jaga iman + hati dia dari godaan apa-apa yang bertentangan dengan Islam

moga dia menjadi islam yang bukan hanya pada nama tapi islam yang menyeliputi seluruh jiwa + raga nya..
insyaAllah

mohon doa semua untuk adik aku ya ! :D