..wELcOMe..

assalamualaikum wbt..
salam sejahtera..

selamat datang !
have a happy blogwalking here..:)
keep in touch..stay tuned..^^,

*so sorry if i wrote in sms-ing ways..:)



Wednesday, August 15, 2012

penuhkan saf, rapatkan saf, luruskan saf !

assalamualaikum

alhamdulillah
malam ni suda masuk 26 hari kita menyambut Ramadan

apa perasan anda?
gembira kah? sedih kah? excited kah?

suda 5 hari kita tempuh fasa ke-3 Ramadan
cam mana ibadat nya? smooth tak?
aku punya..tak berapa nak smooth sangat..liat benar nak menambahkan pahala :'( sedih rasa jiwa ni..hati pun terasa kosong saja..
moga anda anda semua tak seperti aku ya ! :)

orang kata kan..ibadat 10 terakhir Ramadan ni kena giat..banyakkan ibadat, beriktikaf, berdoa, bertasbih dan memohon keampunan..
sebab apa ea?
sebab..10 terakhir Ramadan ni terkandung satu malam yang menyamai seribu bulan..LAILATUL QADAR namanya..

AL QADR : 1-5
hadis ! :)
Firman Allah dalam al-Quran ada sebut pasal lailatul qadar*siap ada satu surah khas pasal lailatul qadar ni bahkan Nabi juga bersabda pasal lailatul qadar
jadi marilah kita sama-sama merebut mencari malam penuh barakah ni
*aku pun sedang berusaha
usaha la bagaikan ini adalah Ramadan terakhir kita

doa ;)
amalkan doa ni kalau terbangun dan dapat malam lailatul qadar ya ! :)

panjang pulak muqadimah aku..
alang-alang da masuk 10 terakhir Ramadan
aku pun ambil la kesempatan ni nak cerita sikit sal lailatul qadar
nak suntik sikit motivasi kat diri ini yang tak berapa nak istiqamah dalam beribadat..
anda anda yang rajin tu..doakan aku ya ! (:

okay..back to tajuk entri

mm..sedang kita semua umat Islam beribadah di masjid mahupun surau..
aku terpanggil nak tulis entri pasal saf ni

ceritanya begini..
sepanjang Ramadan ni..alhamdulillah..aku masih mampu menunaikan solat isya' berjemaah dan solat sunat terawih kat masjid area rumah aku ni
jadi..sepanjang aku berjemaah..aku perhatikan keadaan saf ni..

memang aku salute la kat tok imam tu sebab selalu bagi peringatan kat makmum suruh penuhkan saf, rapatkan saf dan luruskan saf..

tapi..yang aku pelik bin ajaib nya..masih ada jua makmum tak merapatkan dan meluruskan saf..
aku tak tahu apa masalahnya..

ada la beberapa peristiwa terjadi kat aku sendiri sampai aku konpius nak buat cam mana entah

yang paling aku selalu alami ialah makmum di side kanan aku ke belakang sikit manakala kat side belah kiri depan pulak..da tu..aku nak duk mana? Nak ditarik ke belakang or ke depan..makcik-makcik la pulak..mau dia tempeleng aku kat tengah awam..
jadi..aku berdoa je la supaya Allah bukakan pintu hati makcik-makcik ni sambil-sambil aku try luruskan saf..

second experience lak..makmum tak mahu rapatkan saf..penat da aku buat eye contact*even aku rabun..tapi makmum tu buat tak tau je..nak ditarik rapat ke aku..memang tak ada keberanian aku ni..aku memang lemah sikit sal tarik menarik ni..memang bukan ability aku la..

sepatutnya..aku kena gagahkan diri tarik diaorang ni kan :l

scene tiga..kat masjid tempat aku solat terawih tu buat solat sunat terawih sampai 20 rakaat..
alhamdulillah..Allah bagi aku kekuatan untuk menunaikan terawih sampai 20 rakaat + 3 witir

tapi..ada ag satu masalah..selepas 8 rakaat..biasanya bahagian perempuan akan tinggal satu suku saf je..sebab jemaah lain da balik..masalahnya ialah jemaah di saf ke-2 tak penuhkan saf pertama..
benda ni jadi kat aku gak..siap makcik kat sebelah kiri aku tanya ag


makcik : kenapa diaorang tak duk sebelah sana? muat lagi tu dalam dua tiga orang.. 
aku : hah? tak tau la


dan sampai suda sebelah kanan aku tu kosong je..

runsing aku fikir
mungkin salah aku gak kerana tidak menegur
tapi mahu ke mak-mak orang tu dengar dan ambil peduli nasihat dari budak ni..

so..aku buat entri ni dengan harapan agar makcik-makcik mahupun kakak-kakak dan kawan-kawan ambil la apa yang patut lam entri kali ni.

ini sepatutnya berlaku ya

muslimin

muslimat
sabda Rasulullah saw



"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya." (HR Abu Daud)

apa jadi kalau tak rapat?
nah !

seram kan?

jom penuhkan saf, rapatkan saf dan luruskan saf !

related entri dari blog lain

p/s: solat jemaah berganda pahalanya (: 

No comments: